Penyokong Bola Sepak Mati Akibat Dicampak Dari Tempat Duduk Penonton

0
128

BUENOS AIRES, 18 April – Sokong…. Penyokong bola sepak Argentina mati awal pagi tadi, selepas ditolak sehingga jatuh dari tempat duduk oleh sekumpulan penonton yang menuduh dia adalah penyokong pasukan lawan.

Dalam satu imej video, Emanuel Balbo, 22, penyokong Belgrano jatuh dari ketinggian lima meter di Stadium Belgrano di utara bandar Cordoba pada Sabtu.

Dia dilihat bertengkar dengan seorang lelaki yang dituduh sebagai penyebab kepada kematian saudaranya dalam satu kes langgar lari pada 2012, kata bapa mangsa, Raul kepada televisyen.

Saksi berkata, lelaki itu bertindak balas dengan melaungkan Balbo adalah penyokong Talleres, musuh ketat pasukan Belgrano.

Ia menjadi punca kumpulan penyokong menyerang Balbo, sehingga mangsa ditolak daripada penghadang tempat duduk.

Dia terlantar selama dua hari di hospital kerana cedera di kepala dan doktor mengesahkan otaknya sudah tidak berfungsi.

Kelab mengumumkan kematiannya dalam satu kenyataan, awal pagi ini.

Persatuan Bola Sepak Argentina menggesa ‘pihak yang bertanggungjawab atas serangan itu di bawa ke muka pengadilan.

Pesuruhjaya polis, Jorge Gomez berkata, dua individu ditahan Ahad lalu dan dua lagi ditangkap awal pagi tadi susulan serangan itu.

Pendakwa raya awam, Liliana Sanchez menggesa suspek didakwa atas tuduhan membunuh. – WD MY