Penyokong Kelantan Buat Hal

0
64

KOTA BHARU, 13 April – Mengamuk…. Perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV (SSMIV) tegang malam tadiĀ apabila kira-kira 1,000 penyokong pasukan Kelantan berkumpul kerana berang dengan keputusan pengadil perlawanan.

Mereka mendakwa keputusan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin, berat sebelah yang membawa kepada kekalahan Kelantan di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 3-2.

Kumpulan itu melaung-laung kata tidak puas hati.

Segelintir penyokong dilihat turut membakar suar dalam perhimpunan itu yang dikawal ketat oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Tiada insiden buruk berlaku.

Kemarahan penyokong Kelantan berpunca daripada keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 oleh Gonzalo Gabriel Canbrera.

Keputusan itu menyebabkan penyokong Kelantan mula membaling objek ke padang.

Insiden menyebabkan penonton lain termasuk penyokong JDT terpaksa menunggu 30 minit dalam stadium sebelum boleh keluar. – WD MY