KUALA LUMPUR, 19 Okt – SOKONG….. Lebih 300 penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid dijadualkan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8 pagi ini dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Beliau akan menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – WD MY