KUALA LUMPUR, 15 Jan – Kuat…….  Angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah dan Labuan mulai Selasa hingga Jumaat ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) serta laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Pada masa sama, ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang kelajuan 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berlaku, sekali gus berbahaya kepada bot kecil.

Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak turut dijangka berterusan sehingga pagi ini. – WD MY