SHAH ALAM, OKTOBER 28: BOLA SEPAK…Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 buat kali kelapan selepas menewaskan Terengganu FC 4-1 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

TFC mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Penjaring:

Terengganu FC: Brice Hermann Tchetche Kipre (minit pertama dan ke-41), Mohd Faiz Mohd Nasir (minit ke-96)

Perak: Muhammad Firdaus Saiyadi (minit ke-46), Brendan Gan Seng Ling (90th + 1′), Igor Zonjic (gol sendiri – minit ke-120)

Skuad:

Terengganu FC: Mohd Suffian Abdul Rahman, Mohamad Kamal Azizi Mohd Zabri, Lee Andrew Tuck, Chanthacheary Bin, Abdul Malik Mat Ariff (Mohd Shahrul Aizad Zulkifli), Abdul Latiff Suhaimi, Mohd Faiz Mohd Nasir, K. Partiban (Nasrullah Haniff Johan), Adib Aizuddin Ab Latiff, Brice Hermann Tchetche Kipre (captain)(Mohamad Ashari Samsudin), Igor Zonjic.

Perak: Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad (captain), Leandro Dos Santos Oliveira, Gilmar Jose Da Silva Filho, Wander Luiz Bitencourt Junior, Brendan Gan Seng Ling (Mohamad Nasir Basharudin), Muhammad Firdaus Saiyadi (Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri), Mohamad Idris Ahmad (D. Kenny Pallraj), Mohd Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan.-MY WD