LAUSANNE, 29 Nov – Eksport Pemain…… Negara Perancis menjadi negara paling ramai mengeksport pemain ke liga elit bola sepak di Eropah iaitu 116, menurut hasil satu kajian yang diumumkan hari ini.
Brazil pula menduduki tangga kedua dengan 114 pemain manakala Argentina di tempat ketiga (97) dan Sepanyol di tangga keempat (66).
Mengikut laporan International Centre for Sports Studies (CIES) Football Observatory yang berpangkalan di Switzerland itu, liga elit di Eropah merangkumi England, Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis.
Dalam pada itu, mengikut kajian sama, Brazil pula mempunyai pemain paling ramai beraksi di Eropah. Neymar adalah antara 469 pemain dari negara berkenaan yang beraksi di liga Eropah.
Perancis pula menduduki tangga kedua dengan 312 pemain, manakala Sepanyol di tempat ketiga (201). – WD MY