TAWAU, 28 Mei – TIBA Untuk Perasmian…… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam ini bagi melakukan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Najib bersama-sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, tiba di Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira jam 11 malam tadi.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan beberapa anggota Kabinet negeri.

Najib dijadual merasmikan pelancaran Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter di Lapangan Terbang Lahad Datu.

Perdana Menteri juga akan ke Tawau untuk merasmikan projek Lebuhraya Pan Borneo, Pakej Tawau-Semporna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung.

Najib kemudian akan singgah di Kota Kinabalu sebelum berlepas ke Langkawi pada tengah hari, Ahad. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY