PUTRAJAYA, 2 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di kediaman
rasminya Sri Satria, di sini.

Majlis yang dihadiri 300 tetamu itu turut disertai para menteri, timbalan
menteri, menteri besar, pegawai tinggi kerajaan dan ketua pegawai eksekutif
syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara anggota kabinet yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan
kepada 35 pelajar Tahfiz An-Nasar, Ampang, Selangor.

Selepas berbuka puasa, Najib dan Muhyiddin serta tetamu menunaikan solat
Maghrib, Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Putrajaya
Abdul Manaf Mat.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY