LIMBANG, 2 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tiba di program Sejiwa Senada di Kompleks Sukan Limbang Sarawak.

Program turun padang sejiwa senada adalah inisiatif berterusan kerajaan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama kerajaan dengan rakyat.

Tema program tahun ini adalah “mentransformasikan luar bandar ” sejajar usaha kerajaan untuk memacu pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan bersepadu bagi manfaat rakyat.

Perdana Menteri antara lain menggariskan komitmen untuk meneruskan kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri bagi memastikan semua program yang dirancang untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan dengan lancar.

Bagi mencapai tujuan itu, kerajaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus kukuh dan meneruskan inisiatif untuk rakyat seperti BR1M, kedai rakyat 1Malaysia, klinik 1Malaysia dan program perumahan rakyat serta mampu milik. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY