PUCHONG, 9 April – Lancar iM4U Sentral…Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan pusat operasi iM4U Sentral, hab integrasi sosial dan pembangunan kesukarelawanan belia di sini.

iM4U Sentral yang terletak bersebelahan stesen LRT Taman Perindustrian Puchong, menempatkan pusat operasi iM4U termasuk ibu pejabat dan studio iM4U fm.

Kompleks serba guna itu dilengkapi kemudahan sukan, seminar dan penginapan yang dibuka kepada orang ramai.

Dibina di tapak seluas 2.23 hektar, kompleks itu menyediakan asrama dua tingkat yang mampu menampung 157 orang, gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, bola tampar dan takraw selain gimnasium, dinding panjat, dewan serba guna serta bilik kalis bunyi untuk rakaman video dan audio.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir pada majlis pelancaran yang turut disertai karnival berkaitan aktiviti ditawarkan di iM4U Sentral.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif iM4U, Rudy Malik. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY