PUTRAJAYA, 10 Mei – Kunjungan Hormat… Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Kaunselor Negara China Yang Jiechi sempena lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Jiechi tiba pada pukul 9.30 pagi tadi di bangunan Perdana Putra Putrajaya.

Pertemuan berlangsung selama 30 minit.

Jiechi turut diiringi Duta Besar China Ke Malaysia Dr. Huang Huikang.

Manakala Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pada pertemuan ini, Jiechi menyampaikan cenderamata kaligrafi berkaitan hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun 1974 kepada Perdana Menteri. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY