KUALA LUMPUR, 30 Nov -Mula Bersidang……..  Ketiga-tiga sayap UMNO – Pergerakan
Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung masing-masing hari ini.
Perhimpunan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini
bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 dirasmikan secara serentak malam tadi
oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib
presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden.
Ketiga-tiga perhimpunan agung itu bermula pada 8 pagi melibatkan seramai 993
perwakilan Wanita, Pemuda (992) dan Puteri (991).
Antara usul yang akan dibahaskan ialah kos sara hidup, perundangan syariah
yang merangkumi penyeragaman undang-undang syariah dan pemerkasaan Mahkamah
Syariah serta usaha memperkukuhkan jentera pilihan raya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual diadakan pada 8.15 malam.
Acara sampingan yang turut berlangsung hari ini ialah Pameran Wasatiyyah dan
Perjuangan, dan pelancaran Srikandi@Digital Creative Content. – WD MY