KUCHING, 3 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kerajaan negeri Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad dan Petroliam Nasional Bhd, Petronas dalam bidang gas dan petrokimia.

Antara kerjasama yang ditandatangani ialah Perjanjian Penjualan Gas antara Sarawak Energy dan Petronas.

Turut ditandatangani ialah Perjanjian Prinsipal bersama Petronas untuk membekalkan 450 juta kaki padu gas asli sehari kepada sektor tenaga dan bukan tenaga kepada Sarawak.

Beliau turut menyaksikan MoU Menjalankan Kajian Bersama untuk Pelan Utama Petrokimia Sarawak.

Pada majlis sama, Petronas turut menerima lesen kebenaran untuk mengendalikan pemasangan pejanaan elektrik di Bintulu dari kerajaan negeri Sarawak.

Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY