?
KUALA LUMPUR, 9 Julai – Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERKAYATIM) hari ini meraikan anak-anak yatim dalam menyambut syawal yang menjelang tiba kurang dari seminggu.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Dipertua PERKAYATIM menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM 120,300 kepada 802 anak-anak yatim.

Di majlis berkenaan seramai 115 anak yatim menerima sumbangan sebanyak RM 150 setiap seorang bagi mereka membeli pakaian dan persiapan menyambut lebaran.?

Tun Abdullah mengucapkan tahniah kepada PERKAYATIM dan Kepada Azeez Rahim yang tidak melupakan anak-anak yatim dalam menyambut Hari Raya yang menjelang tiba. 

“Tabung Haji sudi menyumbangkan lebih RM 100 ribu dan ia membanggakan dan membolehkan PERKAYATIM beroperasi di sini (Tabung Haji),” kata Abdullah Badawi.

Selain daripada sumbangan badan korporat kepada persatuan, mereka yang telah membantu dalam memastikan persatuan terus menjalankan dan menjaga kebajikan anak-anak yatim?
?

Sementara itu, A?zeez Rahim di dalam ucapannya berkata ?segala sumbangan dari penderma-penderma seperti Tabung Haji, Bank Islam dan beberapa lagi syarikat korporat dalam membantu PERKAYATIM.

“Selain daripada Tabung Haji sumbangkan, ada penyumbang-penyumbang yang sentiasa membantu Persatuan dalam membantu anak-anak yatim yang lebih kurang 802 anak-anak yatim.”

“Selain bersama menjaga anak-anak yatim, kebajikan turut diutamakan,” kata Azeez.

Tambah Azeez Rahim, “Terima kasih kepada penyumbang yang sentiasa membantu persatuan dalam menjaga dan membantu anak-anak yatim PERKAYATIM,” kata beliau. – Suraya Ahmad, Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY