Perkembangan Positif Dalam Usaha Damai Qatar Dengan Arab Saudi

0
56

DUBAI, 9 Sept – PERKEMBANGAN….. Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin SalmanĀ  menerima panggilan telefon dari Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, lapor media rasmi kedua-dua negara.

Media menggambarkannya sebagai satu perkembangan positif dalam mendamaikan perselisihan antara Doha dan negara jiran Arab yang lain.

“Semasa berbual di telefon, Emir Qatar menyatakan hasratnya untuk duduk di meja rundingan dan membincangkan tuntutan empat negara berkenaan demi memastikan kepentingan semua,” kata.

“Butirannya akan diumumkan kemudian selepas Kerajaan Arab Saudi mencapai persefahaman dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kerajaan Bahrain dan Republik Arab Mesir,” kata SPA. – WD MY