KUALA LUMPUR, 14 Mei – Perkukuh Institusi Keluarga…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menyeru kementerian, jabatan dan agensi memperkukuhkan institusi kekeluargaan di tempat kerja.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata antara kaedah terbaik untuk memupuk kebersamaan dan semangat kesukanan di kalangan warga kerja adalah menerusi sambutan Hari Keluarga.

Mengambil contoh Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri 2016, yang menyatukan 9 jabatan di bawahnya menerusi 5 kumpulan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Hari Keluarga tersebut, di Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY