PETALING JAYA, 2 Dis – Pemeriksaan kenderaan Perodua yang terbabit dalam banjir secara percuma dan 20% diskaun bagi alat ganti yang terpilih serta RM100 rebat tunai bagi perkhidmatan tarik kereta ke pusat penyelengaraan yang berhampiran.

Perkhidmatan Pasukan Mudah Alih Perodua itu kini diperluaskan ke semenanjung Malaysia bermula di negeri Terengganu mulai Januari tahun depan.

Sebelum ini, perkhidmatan itu ditawarkan di Sabah dan Sarawak sejak 2013.

Menurut President & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, tawaran terbuka bagi semua pelanggan Perodua yang terbabit dalam banjir.

Objektifnya untuk memudahkan pelanggannya yang tinggal di luar bandar mendapatkan perkhidmatan servis dari Perodua. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY