KUALA LUMPUR, 25 Jan – Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi Dan Memerangi Ancaman Keganasan bermula hari ini dan akan dengan perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri bakal mempengerusikan persidangan berkenaan yang dihadiri semua Menteri – menteri Asean dan semnbilan menteri-menteri negara rakan strategik seperti Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Britain, Arab Saudi, Negara Arab Bersatu, Jepun, China dan Itali dalam menangani ancaman dan kegiatan ekstrimis militan.

Penganjuran persidangan berkenaan selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkehendakkan semua negara anggota PBB mengambil langkah konkrit dalam menangani ancaman yang ditimbulkan pejuang penganas asing.

SAMMRAVE yang telah berlangsung pada tahun lepas menekankan aspek pemulihan dan individu pengganas atau pelampau di integrasikan dan mencegah mereka terjebak semula.

Komitmen Malaysia dalam menghapuskan segala ancaman yang telah dilancarkan oleh kumpulan IS. Malaysia juga komitmen dalam mewujudkan akta-akta pencegahan seperti mengubal Akta Pencegahan Keganasan 2015. – Suraya Ahmad, Faizal Dato Badarudin (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY