KAJANG, 10 Mac – Persimpangan Bertingkat Kajang Utama dibuka bermula pukul 10 malam hari ini bagi mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Silk.

Pada majlis perasmian pembukaan persimpangan baharu itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembukaan persimpangan ini memberi manfaat kepada 25,000 pengguna lebuhraya.

Tambahya, projek yang dipantau Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM ini mengambil masa 24 bulan dan telah siap Januari lalu.

Kos projek yang dibelanjakan sebanyak RM22.4 juta.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Taman Kajang Utama terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan berdepan dengan kesesakan di sekitar Persimpangan Jalan Reko pada setiap hari terutamanya pada waktu puncak. – Sofea Nawar/Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY