KUALA LUMPUR, 17 Mac – Hari ini,Samsung Electronics Co Ltd menjangkakan
tahun ini akan menyaksikan pertumbuhan yang kukuh dalam jualan telefon pintar
serta tablet di Malaysia.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan IT dan Mudah Alih Samsung Malaysia
Electronics Sdn Bhd, Lee Jui Siang berkata, inovasi produk dan harga yang
berpatutan akan melonjakkan jualan.

“Keadaan ekonomi semasa tidak akan menghalang kami untuk terus membangunkan
telefon pintar terbaik dan kami percaya bahawa pelaksanaan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) sejak tahun lepas tidak akan menjejaskan jualan kami.

“Kami juga menjangkakan jualan peranti dan produk Samsung yang lain akan
terus meningkat,” katanya kepada media selepas pelancaran Samsung Galaxy S7
Edge.

Berdasarkan jualan pra-tempahan dan tindak balas daripada pasaran, beliau
yakin telefon pintar baharu itu akan mendapat sambutan.

Telefon bimbit baharu itu telah mula dijual di pasaran Malaysia pada harga
runcit RM3,099, termasuk GST.

Galaxy S7 Edge datang dalam tiga pilihan warna – onyx hitam, perak
titanium dan emas platinum.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY