Peruntukan Dalam Transfomasi Pengangkutan Awam Darat Tidak Terjejas – PM

0
136
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Tidak Terjejas…… Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan kerajaan untuk transformasi pengangkutan awam darat tidak terjejas walaupun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ketika ini.

Najib berkata, pelbagai projek untuk mentransformasi pengangkutan awam akan terus dilaksanakan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, kesalinghubungan rel bandar yang giat dibangunkan menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan ke arah mengubah industri pengangkutan awam darat.

“Ini mencakupi projek infrastruktur utama seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) untuk masa depan negara,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 dan melancarkan ‘Laporan Lima Tahun Transformasi Pengangkutan Awam’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. – WD MY