PERUNTUKAN RM100,000 KEPADA SRS MELAKA

PERUNTUKAN RM100,000 KEPADA SRS MELAKA

411
0

MELAKA, MAC 26 : PERUNTUKAN…Kementerian Dalam Negeri mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 kepada Skim Rondaan Sukarela (SRS) Melaka bagi memantapkan pelaksanaan program itu di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tambahan itu bertujuan memberi motivasi kepada seluruh anggota SRS yang melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah dalam komuniti.

“Saya amat prihatin dengan pelaksanaan program SRS ini dan mahu usaha berterusan termasuk kerjasama antara kementerian, agensi penguatkuasaan serta badan sukarela untuk mencapai objektif memenuhi kesejahteraan rakyat,” katanya.-MY WD