BALIK PULAU, 14 Jun – Peruntukan….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM4 juta untuk projek menaik taraf Masjid Al-Qahhar di Permatang Damar Laut.

Beliau berkata masjid yang ada sekarang agak kecil dan perlu dinaik taraf untuk keselesaan umat Islam di kawasan itu.

“Saya meluluskan peruntukan RM4 juta dalam dua fasa untuk tempoh dua tahun bagikerja-kerja naik taraf,” katanya ketika berucap malam tadi.

Beliau berkata peruntukan diluluskan dengan syarat masjid itu dijadikan sebagai tempat ibadah, penyatuan ummah dan institusi perpaduan.

“Saya berharap masyarakat di sini akan ketepikan perbezaan politik demi kesatuan Islam. Bila Umat islam bersatu, semua isu boleh diselesai secara aman,” katanya.

 

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menunaikan solat Tarawih berjemaah di Masjid Al-Qahhar di Permatang Damar Laut.

Beliau yang tiba disambut anggota jawatankuasa masjid serta para jemaah.

Kemudian, Ahmad Zahid menunaikan solat fardu Isyak bersama kira-kira lebih 300 orang jemaah sebelum menunaikan solat Tarawih yang diimamkan oleh penuntut Maahad Tahfiz Darul Furqan di Sungai Rusa, Balik Pulau, Luqman Hafiz, 18.

Selesai solat Terawih, Ahmad Zahid turut menikmati hidangan moreh serta beramah mesra dengan para jemaah sebelum menyampaikan sumbangan RM200 kepada 194 orang penerima zakat terdiri asnaf di sini. – WD MY