KUALA LUMPUR, 10 Mac – Penerbangan AirAsia X bernombor D7 223
dari Sydney ke Kuala Lumpur yang dilencongkan ke Melbourne hari ini adalah
disebabkan masalah teknikal, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Airasia X Bhd berkata lencongan itu mematuhi semua garis panduan keselamatan
antarabangsa penerbangan dan pesawat telah mendarat dengan selamat pada jam 1400
(waktu Australia) di Melbourne.

“Kami juga ingin menjelaskan bahawa ia merupakan tindakan berjaga-jaga dan
bukan pendaratan kecemasan, seperti yang dilaporkan media yang dibuat tanpa
sebarang pengesahan,” katanya.

Setelah selesai semua pemeriksaan keselamatan yang perlu, pesawat berlepas
semula dari Melbourne pada jam 1713 dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam
2221 malam ini.- Bernama

LEAVE A REPLY