SEPANG, 2 Mei – Mendarat…… Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH726 dari Jakarta, Indonesia, hari ini berjaya mendarat dengan selamat di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.13 pagi tadi walaupun dua tayarnya kempis.

MAS, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan daripada pesawat berkenaan dengan selamat serta dipindahkan ke terminal menggunakan bas, termasuk bagasi mereka.

“Landasan 2 di KLIA akan ditutup sehingga diberitahu nanti, dan pihak MAS akan menyiasat punca kejadian yang menimpa pesawat Boeing 738 itu.

“Berikutan kekurangan pesawat, penumpang penerbangan lain yang menggunakan pesawat berkenaan (MH726) akan dinaik taraf kepada pesawat Airbus 330 dan pada masa sama, melihat kepada kemungkinan menggunakan pesawat Airbus 380 untuk penerbangan ke Australia.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan MAS pada setiap masa dan kami meminta maaf kepada penumpang atas segala kesulitan yang mereka alami,” katanya. – WD MY