KUALA SELANGOR, 26 Feb – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

Manakala pihak TUDM berkata, pesawat pengangkut TUDM CN235 yang berpangkalan di PU Subang telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada lebih kurang jam 8.50 pagi tadi.

Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal adalah dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan itu juga, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY