SYDNEY, 21 Feb – Terhempas….. Pesawat ringan terhempas di atas sebuah pusat beli belah berhampiran Lapangan Terbang Essendon di luar Melbourne hari ini, kata polis Australia.

“Setakat ini, kami belum memperoleh maklumat mengenai kemungkinan ada mangsa yang maut,” kata polis Victoria menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

Saluran Sky Television melaporkan, pesawat itu mempunyai lima tempat duduk sambil menunjukkan bangkai pesawat yang terbakar di pusat beli belah itu, manakala anggota bomba berusaha memadamnya.

Essendon adalah lapangan terbang kecil digunakan oleh pesawat ringan. -WD MY