PEKAN, 17 Mei – Pesawat TUDM Terhempas…..Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas berhampiran sawah padi, dekat Kampung Serum, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian kira-kira jam 12.52 tengah hari dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, seramai 11 pegawai dan anggota JBPM terbabit dalam operasi berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat itu memuatkan dua anggota latihan dan seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY