KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kerajaan meminta golongan petani, penternak dan nelayan berusaha memanjukan diri dan sentiasa berfikiran global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata usaha itu penting bagi memastikan golongan berkenaan berupaya bersaing di peringkat antarabangsa.

“Bangsa yang berjaya bukan setakat yang mampu mencapai kemerdekaan untuk negara, sebaliknya perlu menjadi bangsa yang disegani di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun FAMA di Dataran Merdeka, sebentar tadi.

Yang turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY