CAMERON HIGHLANDS, JAN 26: PRK CAMERON…Hari pengundian untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands – yang dijangka menjadi pertandingan paling sengit sejak pilihan raya Teluk Intan pada 2014 – akhirnya tiba.

Pusat pengundian di seluruh kawasan itu akan dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup pada waktu yang berbeza sepanjang hari disebabkan oleh isu logistik, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Masa penutupan terakhir untuk pusat mengundi ialah pada jam 5.30 petang, selepas itu Malaysiakini akan menampilkan liputan langsung keputusannnya.

Ikuti Malaysiakini kerana kami akan membawa kepada anda secara langsung laporan hari pengundian.

Peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi

3.40pm: SMK Sultan Ahmad Shah – Peti undi pertama tiba di pusat penjumlahan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peti undi berkenaan adalah dari SK Lemoi dari daerah mengundi Pos Lemoi, yang ditutup pada jam 1 petang.

Pusat pengundian terakhir dijangka ditutup pada jam 5.30 petang, selepas itu pengiraan rasmi akan bermula.

63 peratus mengundi setakat 2 petang

2.40 pm: Sebanyak 63 peratus daripada 31,639 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 2 petang bagi PRK Cameron Highlands, kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun. Sementara itu sesetengah pusat pemgundian telah ditutup.-MY WD