KUALA LUMPUR, 25 Feb – Percuma……..  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa dana program minyak percuma untuk
penunggang motosikal di dalam kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan ditanggung
sepenuhnya badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan dana kerajaan.
Tengku Adnan berkata program tersebut adalah inisiatif NGO dalam mengurangkan beban hidup rakyat dan tidak berkaitan dengan kementeriannya.

“Program itu bukan ditaja oleh kementerian, tidak ada kena mengena dengan
duit kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan program Wilayah
International Motofest 2017 malam tadi.

Tengku Adnan berkata kementeriannya bagaimanapun sentiasa merangka pelbagai
inisiatif lain dalam mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.
“Seperti tahun ini kita lancarkan program bantuan bas sekolah buat anak-anak
PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan kita juga sedang kaji untuk beri bantuan bas
perantara dari PPR ke Stesen LRT (Sistem Transit Aliran Ringan),” katanya. – WD MY