KUALA LUMPUR, 13 April – Datuk Wan Zulkiflee Wan Arifin Pengerusi
Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) berkata memperuntuk RM3 bilion sebagai
perbelanjaan modal (capex) tahun ini.

Menurut beliau, sebahagian besar daripada capex, iaitu kira-kira
RM1.8 bilion adalah untuk projek Ammonia dan Urea Sabah (Samur)
manakala selebihnya untuk dua projek utama di Kompleks Petrokimia Gebeng
di Kuantan dan aktiviti penyelenggaran loji statutori.

“Capex untuk tahun ini lebih rendah berbanding tahun lepas RM3.1 bilion
berikutan peruntukan lebih rendah untuk aktiviti penyelenggaraan statutori.”

Beliau ditemui media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu hari ini.

Dua projek di Gebeng ialah Kompleks Ramuan Aroma Bersepadu dan Loji Asid
2-Ethylhexanoic, kedua-duanya usaha sama dengan BASF (M) Sdn Bhd.

Ketiga-tiga projek terbabit, termasuk Samur dijangka siap tahun depan.

Tambah Wan Zulkiflee, prospek tahun ini, PCG merancang mengimbangi kesan
kejatuhan harga minyak mentah dengan volum jualan dan pengeluaran yang lebih
tinggi, dengan penggunaan loji meningkat 85 peratus tahun ini berbanding 80 peratus tahun lepas.

PCG kini mempunyai baki tunai berjumlah RM9.2 bilion.

“Tanpa kekangan bekalan gas di kemudahan methanol di Labuan, penggunaan loji
kumpulan sepatutnya lebih tinggi pada 87 peratus,” katanya.

Menurutnya, Petronas kini melaksanakan projek saluran paip Dalak yang akan
menyediakan gas metana kepada kemudahan metanol mulai tahun depan.

Wan Zulkiflee berkata, syarikat itu akan membuat pembiayaan semula projek
Samur sebaik ia siap, bagi membolehkannya mengekal aliran tunai yang cukup untuk
projek di masa depan.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY