KUALA LUMPUR, 29 Mac – Meterai…. Pihak ┬áPetronas Dagangan Bhd (PDB) dan Grab Malaysia memeterai perjanjian untuk memberi lebih keselesaan kepada pemandu Grab.

Menerusi perjanjian itu, pemandu Grab diberikan kad kesetiaan ekslusif, Kad Mesra Grab yang membolehkan mereka mengutip mata ganjaran pengisian minyak dan tawaran istimewa pembelian minyak pelincir Petronas Syntium.

Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly, berkata pemegang Kad Mesra Grab boleh mengutip mata ganjaran setiap kali pengisian minyak dan menggunakannya semula untuk mendapatkan penjimatan.

Beliau berkata, tawaran kad mesra khas itu membantu memanfaatkan pemandu Grab dan mengukuhkan lagi posisi PDB sebagai peneraju pembekal bahan api dan minyak pelincir terkemuka di Malaysia.

“Kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Tawaran Kad Mesra Grab Eksklusif sememangnya memberi penjimatan yang tinggi dan ganjaran lebih besar dengan setiap liter minyak Petronas yang digunakan oleh pemandu.

“Tambahan lagi, minyak Petronas Primax dan pelincir Petronas Syntium memberikan pemanduan yang lancar serta prestasi optimum kepada pemandu Grab,” katanya pada majlis pelancaran kad kesetiaan berkenaan malam tadi.

Pemandu Grab yang ingin memiliki Kad Mesra Grab boleh mendapatkannya di 10 Stesen Minyak Petronas terpilih yang akan diumumkan dalam masa terdekat. – WD MY