KUALA LUMPUR, 21 Jan – Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pembuangan pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.

Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.- Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY