GUANGZHOU, 17 April – Kukuhkan…… Syarikat PETRONAS mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran gas asli cecair (LNG) di China dengan memperluaskan capaiannya ke selatan negara itu.

Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan LNG PETRONAS, Ahmad Adly Alias, berkata perluasan itu menambah jumlah bekalan kepada pembeli sedia ada.

Beliau berkata, PETRONAS mempunyai hubungan yang kukuh dengan China dalam perdagangan LNG dan prospek pengembangan itu adalah bukti pertumbuhan positif syarikat.

“Sebagai syarikat penyelesaian LNG bersepadu, kami dalam kedudukan yang terbaik penyelesaian LNG jangka panjang yang boleh dipercayai serta inovatif untuk memenuhi permintaan tenaga China,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdagangan LNG pertama PETRONAS di China adalah pada 2006 dengan bekalan selama 25 tahun kepada Shanghai LNG Company Ltd.

Disokong dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam LNG, PETRONAS diiktiraf sebagai syarikat yang boleh dipercayai dan pembekal LNG, beroperasi dari pangkalan bekalan utama di Bintulu, Sarawak.

Kumpulan PETRONAS juga mempelbagaikan portfolio bekalan LNG dengan kerjasama Australia Gladstone LNG dan beberapa projek LNG di luar pesisir Sabah dan Sarawak. – WD MY