TRONOH, 15 Mei – Tawar Biasiswa Petronas…..Seramai 391 orang lepasan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2015 bakal ditawarkan biasiswa daripada PETRONAS menerusi Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) bernilai RM110 juta.

Menurut Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman, lebih 7,500 permohonan telah diterima dan hanya calon melepasi proses saringan layak menerima biasiswa itu.

Mereka ditaja bermula dari peringkat persediaan sehingga ijazah sarjana muda dan akan menyambung pelajaran di dalam beberapa bidang khusus termasuk kejuruteraan dan undang-undang di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan beberapa universiti luar negara.

Majlis penganugerahan biasiswa PESP kepada 268 penerima telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di UTP sebentar tadi. Manakala penerima selebihnya akan disampaikan di lokasi berbeza di Sabah, Sarawak dan Terengganu minggu hadapan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1975, PESP telah berjaya membiaya hampir 35,800 pelajar dari seluruh negara dengan jumlah bernilai lebih RM3 billion. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY