KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tunggangan yang hebat menantikan
pemegang-pemegang Kad Mesra PETRONAS: Dengan mengisi bahan api di mana-mana
Stesen PETRONAS dengan perbelanjaan minima sebanyak RM40 dan meleretkan Kad
Mesra mereka, pelanggan-pelanggan berpeluang untuk memenangi sebuah
Mercedes-Benz CLA200, lapan Proton Iriz “custom”, 16 Piaggio Vespa dan 16
basikal lipat JAVA!

Pemenang-pemenang Mercedes-Benz CLA200, Proton Iriz dan Piaggio Vespa juga akan
menerima bahan api percuma bernilai RM1,000 dan RM500 masing-masing manakala
1,600 pemenang-pemenang saguhati akan menerima 3,000 mata Mesra.

“PETRONAS terbukti sebuah jenama yang berprestasi dengan kemenangan kali
keduanya dalam Kejuaraan Formula One. Melalui kempen baru ini, kami ingin
meraikan kejayaan kami di litar Formula One bersama pelanggan-pelanggan setia
dengan memberikan mereka peluang untuk berasa seperti seorang juara di jalan
raya dengan gabungan kenderaan-kenderaan baru dengan formula kemenangan kami,”
kata Ibrahimnuddin Yunus, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS
Dagangan Berhad (PDB).

“Pemegang-pemegang Kad Mesra amat digalakkan untuk merembat kesempatan sepanjang
kempen lapan minggu ini untuk tidak terlepas dari memenangi hadiah-hadiah
menarik yang disediakan. Ganjaran yang terbaik untuk para pemandu semestinya di
PETRONAS.”

Pelanggan-pelanggan yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli Kad Mesra dijemput
untuk membuat pendaftaran segera untuk menyertai kempen ini dan menebus mata
yang diterima dengan setiap pembelian dengan bahan api atau barang-barang yang
dijual di Kedai Mesra.

Kempen oleh PDB ini adalah di antara inisitiatif-inisiatif beterusan oleh
syarikat untuk memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan melalui
rangkaian runcitnya yang luas. Pelanggan-pelanggan tidak perlu mengisi borang
penyertaan demi mempermudahkan penyertaan dalam kempen ini yang bermula pada 5
Januari dan berakhir pada 29 Februari 2016.

Baru-baru ini PDB telah memperkenalkan PETRONAS Dynamic Diesel dengan formulasi
yang sudah dipertingkatkan. Pada tahun lepas, syarikat melancarkan PETRONAS
PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula, bahan api berspesifikasi Euro
4M RON 97 yang pertama dalam negara yang dapat menyampaikan pecutan unggul dan
pemanduan yang lebih baik.

Bahan-bahan api kemenangan PETRONAS terdapat di lebih dari 1,000 Stesen PETRONAS
di seluruh negara. Bersama dengan lebih dari 750 Kedai Mesra, kami memberikan
pusat runcit dengan konsept kemudahan sehenti yang menggabungkan pengisian bahan
api, beli-belah, perbankan, spa kereta dan servis-servis lain, di bawah satu
bumbung. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY