KUALA LUMPUR,OGOS 17:PENUHI… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipercayai akan melaksanakan janji pilihan raya dengan apa cara sekali pun bagi memenuhi jangkaan pengundi yang menggunung.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata manifesto politik dianggap sebagai janji yang mesti dipenuhi di kebanyakan negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, justeru beliau percaya itulah yang akan dilakukan PH kerana pengundi juga memilih mereka disebabkan manifesto berkenaan.

“Mereka (PH) akan melakukan apa saja untuk memenuhi janji. Saya yakin pengundi memilih mereka kerana janji manifesto, maka sudah tentu harapan (terhadap kerajaan) adalah tinggi.

“Ia juga baik kerana mereka yang dulunya pembangkang kini menjadi kerajaan, maka mereka akan memahami.

“Bagaimanapun, ia bukan mudah (kerana) ada banyak perkara perlu dinilai, terutama dalam aspek negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.-MY WD