KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO
2015, musim kedua akan bermula dengan peringkat saringan pada 18 Okt bagi
memilih peserta ke peringkat akhir pada 8 Dis depan.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan UMNO, pertandingan dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu Kategori Lelaki (41 hingga 60 tahun), Kategori Wanita
(41 hingga 60 tahun) dan kategori Belia atau Beliawanis (21 hingga 40 tahun).

Peringkat saringan Zon Utara akan diadakan pada 18 Okt, Zon Timur (24 Okt),
Zon Selatan (25 Okt), Zon Tengah (31 Okt) dan Zon Sabah (1 Nov).

Pemenang peringkat zon, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500
sementara pemenang peringkat akhir bakal membawa pulang RM10,000, naib johan
RM7,500 manakala tempat ketiga RM5,000 berserta piala iringan.

Pertandingan terbuka kepada semua anggota UMNO seluruh negara.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY