BAGHDAD, 11 Ogos – HALANG…. Pihak berkuasa Arab Saudi memintas dua peluru berpandu yang dilancarkan puak Houthi Yaman dari arah selatan wilayah Jizan, kata TV al-Arabiya.

Siaran TV Masirah Houthi terlebih dulu mengumumkan pelancaran beberapa peluru berpandu balistik ke arah Jizan dan satu lagi ke arah pangkalan tentera Arab Saudi di wilayah Aseer.

Kedua-dua wilayah Jizan dan Aseer terletak berhampiran dengan sempadan Yaman. – WD MY