KUALA LUMPUR, 14 April- Kawasan Tapisan Keselamatan Pengunjung Dikategorikan Semula…. Kaedah tapisan keselamatan di kawasan sasaran pengunjung harus dikategorikan semula.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak swasta harus bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam memastikan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai adalah selamat.

“Kita tidak mahu bila berlaku sesuatu peristiwa, pihak polis dipersalahkan, katanya ketika berucap merasmikan Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan di Sasana Kijang, tengahari tadi.

Malah katanya, setiap syarikat kawalan keselamatan wajib mengikuti kursus pensijilan kawalan keselamatan.

“Ada yang ambil pekerja asing, cari Nepal pun tak ada bekas polis dan tentera, cari yang Nepal, mereka pun tak pernah pegang cota, ataupun ambil yang terlalu lanjut usia, bila dibayar gaji, dibayar gaji untuk tidur,” tambahnya lagi.

Tegas, beliau soal keselamatan tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak.

Pada sidang medianya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai aspek keselamatan harus dikaji semula kerana 60 peratus daripada kawasan dimiliki pihak swasta.

Selain pusat membeli-belah dan kawasan tumpuan pelancong, kawalan keselamatan juga harus meliputi kawasan tumpuan orang ramai seperti stesen bas dan Transit Aliran Ringan, LRT. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY