WASHINGTON, 21 Mei – Ditembak Mati…… Ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat menembak seorang lelaki yang membawa senjata api berhampiran Rumah Putih selepas beliau enggan melepaskan senjatanya.

Lelaki berkenaan ditahan dan dibawa ke hospital tempatan, kata jurucakap agensi itu, David Iacovetti.

“Apabila subjek gagal mematuhi arahan lisan, beliau ditembak sekali oleh ejen Perkhidmatan Rahsia dan ditahan.

“Perkhidmatan Rahsia menemui senjata api di lokasi kejadian. Pegawai Unit Perkhidmatan Rahsia Bahagian Beruniform dan seorang ejen memberikan bantuan perubatan kepada subjek,” katanya.

Lelaki berkenaan tidak memasuki kompleks Rumah Putih dan tiada pegawai penguat kuasa atau orang awam yang cedera dalam kejadian itu. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY