BATAM, 1 Jan – TAHAN…..  Juruterbang Malindo Air berasal dari Malaysia ditahan di Batam, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis syabu, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan dalam pemeriksaan ujian saringan air kencing yang dijalankan Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kepulauan Riau di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

Pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut menemui satu paket syabu seberat 1.09 gram dalam bagasi miliknya selain alat penghisap dadah atau ‘bong’.

“Tangkapan itu susulan ujian saringan air kencing terhadapnya yang didapati positif dadah,” kata laporan itu.

Sementara itu, laporan menyatakan suspek sepatutnya akan melakukan penerbangan semula dari Batam ke Subang, semalam.

“Suspek sedang bermalam di Batam sementara menunggu untuk melakukan penerbangan ke Subang sekitar jam 11 pagi pada hari minggu (Ahad),” kata laporan itu.

Difahamkan, juruterbang terbabit diserahkan kepada pihak Badan Narkotika (BNN) Nasional Kota Batam tindakan selanjutnya.