?

PUTRAJAYA, 23 Feb – ?Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri berkata? kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.?

?
Menyatakan komitmen Malaysia untuk memerangi pemerdagangan manusia kepada Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pemerdagangan Orang terutama wanita dan kanak-kanak, Maria Grazia Giammarinaro yang mengunjunginya di sini hari ini, beliau berkata cadangan pindaan itu akan memastikan tindakan Malaysia sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa.

“Ia juga akan membantu memperbaiki kedudukan Malaysia semasa laporan tahunan Pemerdagangan Orang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat, terutama bagi 2015.” 

Beliau ditemui media selepas pertemuan itu di pejabatnya di sini

Tambah ?Ahmad Zahid, Malaysia akan terus menambah baik inisiatif untuk memerangi jenayah seperti itu termasuk mengukuhkan Majlis bagi Sekretariat Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) yang kini dikenali sebagai Pejabat Strategik Nasional untuk MAPO (NSO-MAPO) sejak bulan lepas.

Beliau berkata, Pelapor Khas PBB itu melahirkan penghargaan beliau terhadap inisiatif Malaysia bagi memerangi masalah pemerdagangan manusia.- Sofea Nawar (WD MY)?

LEAVE A REPLY