KUALA LUMPUR, 28 JAN – Pizza Hut Malaysia tampil kepada peminat setia pizzanya dengan, piza Cheesy Crown yang menampilkan kerak unik dengan limpahan topping yang pasti menambat citarasa.

Promosi lazat yang bermula hari ini sehingga 29 Februari di kesemua 378 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia pasti akan memeriahkan lagi suasana musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

“Umpama Mahkota Keemasan, Poket Berkeju Jadikan Pilihan!,” merupakan slogan Piza Cheesy Crown diserlahkan dengan 12 ‘Poket Keemasan’ yang diisi dengan keju dua perisa (Mozzarella & Chedar), dan dilitupi fondue Alfredo dan Chedar.

Di tambah lagi kelazatannya adalah isi ketam, cebisan ayam, hirisan lada benggala, bawang, nanas dengan sos pedas dan masam.

Pada harga bagi hidangan Ala’ Carte, Pizza Hut menawarkan Cheesy Crown (saiz biasa) pada harga hanya RM32.20 dan untuk hidangan Kombo, Pizza Hut menawarkan hidangan lengkap pada harga serendah RM39.90.

“Ciptaan terbaru dari Pizza Hut menawarkan kerak unik dikelilingi 12 poket keemasan yang kaya dengan keju dan inti yang padat untuk pengalaman makan umpama diraja,” kata Felix D. Michael, Ketua, Pizza Hut Malaysia.

“Piza Cheesy Crown pasti akan menawan serta memuaskan selera semua apabila dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga di musim cuti perayaan ini,” katanya. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY