KUALA KANGSAR, 10 Jun – PM Beli Juadah…..Pajeri nanas, kari terung dan lai chi kang antara juadah dibeli Datuk Seri Najib Razak, dalam tinjauan mesra di Bazar Ramadan Manong dekat sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut membeli sate dan tembikai di bazar berkenaan yang terletak di dataran di tepi Sungai Perak.

Najib yang tiba di bazar berkenaan pada jam 5 petang dan menghabiskan masa kira-kira 20 minit meninjau juadah dijual.

Beliau yang ditemani Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, turut beramah mesra dengan penjual dan pengunjung bazar berkenaan, selain menyampaikan apron kepada peniaga.

Turut serta, empat anak calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

Malam ini, Najib akan menunaikan solat Isyak dan tarawih berjemaah di Masjid Kampung Guar, di sini. – WD MY

LEAVE A REPLY