SRI AMAN, 3 Mei – Tinjauan Mesra PM Bersama Masyarakat Iban…..Walaupun hujan lebat, Perdana Menteri masih melakukan kunjungan ke Rumah Panjang Faizal Anak Edmund Minit, Engkramut, untuk melakukan tinjauan mesra dan makan tengah hari bersama masyarakat Iban, di sini.

Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada jam 11 pagi disambut Tuai Rumah, Faizal Edmund Minit dan calon Barisan Nasional (BN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Rumah panjang berusia 25 tahun itu mengandungi 51 unit kediaman dengan kira-kira 300 penduduk.

Ketibaan Najib dialu-alukan dengan paluan muzik tradisi masyarakat Iban sebelum beliau bersalaman dengan penduduk.

Beliau kemudian membuat tinjauan mesra di sekitar rumah panjang sebelum memberikan ucapan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY