LOS ANGELES, 14 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menghadiri jamuan teh bersama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Los Angeles.

Jamuan teh yang turut di hadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diadakan di Rumah Malaysia di Arcadia.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamarudin. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY