LONDON, 31 Mac – 31 Mac – LETAK JAWATAN…. Perdana Menteri Britain, Theresa May berdepan risiko peletakan jawatan menteri-menteri kanan dari kedua belah pihak berikutan isu Brexit, bergantung kepada tindakan yang bakal diambil beliau minggu depan, lapor akhbar Sunday Times.

Sekurang-kurangnya enam anggota pro Kesatuan Eropah (EU) dari barisan menteri kanan kabinet beliau akan meletakkan jawatan jika beliau meneruskan agenda Brexit.

Tindakan sama turut akan diambil barisan menteri yang menyokong Brexit jika May memutuskan untuk kekal dalam EU atau menangguhkan Brexit.

Menurut akhbar berkenaan, May diberi amaran bahawa kerajaan pimpinannya akan tumbang melainkan jika Brexit diluluskan.

“Semua pembantu perdana menteri kini saling bertelagah, sama ada mahu menerima Brexit atau mengumumkan pilihan raya minggu ini,” kata akhbar berkenaan. – WD MY