LONDON, 2 MEI – PECAT…. Perdana Menteri Britain, Theresa May memecat setiausaha pertahanannya, Gavin Williamson, selepas siasatan mencadangkan beliau bertanggungjawab membocorkan perbincangan mengenai syarikat telekomunikasi China Huawei daripada Majlis Keselamatan Nasional (NSC).

“Siasatan terhadap kebocoran maklumat ini mencadangkan bukti kukuh kamu bertanggungjawab. Tiada versi lain yang lebih kuat untuk menjelaskan kebocoran maklumat ini.

“Perkara ini amat serius. Saya perlu mendapat keyakinan penuh ahli Kabinet dan Majlis Keselamatan Nasional.

“Isu ini serius, kesannya terhadap operasi NSC dan kepentingan nasional United Kingdom (UK) memerlukan tindakan serius diambil,” kata surat May kepada Williamson. – WD MY